PM umum pelan strategik industri maritim negara pada LIMA


LANGKAWI 6 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pelan Strategik Industri Kapal/Pembinaan Kapal Malaysia 2020 yang bermatlamat menjana RM6.35 bilion Pendapatan Kasar Negara (PNK) dan mewujudkan 55,500 pekerjaan tambahan untuk negara menjelang 2020.

Menerusi pelan itu, yang dilancarkan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011, pertumbuhan dijangkakan mampan dan terangkum, dan mungkin menjadi rahmat untuk Sarawak yang menyaksikan industri maritim berkembang dan menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negeri.

Disediakan oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM), pelan itu menyasarkan untuk menguasai 80 peratus daripada pasaran baharu tempatan dan dua peratus pasaran baharu global, meningkat daripada 50 peratus dan 0.8 peratus pada 2010. Continue reading

Advertisements

Najib Lancar Pelan Maritim Kebangsaan – Utusan


LANGKAWI 6 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Maritim Kebangsaan yang dijangka menjana RM6.75 bilion Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020.

Majlis pelancaran pelan komprehensif pertama negara untuk membangunkan industri pembaikan dan pembinaan kapal itu diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dekat sini sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Pelan Strategik Pembaikan dan Pembinaan Kapal Malaysia 2020 itu dibangunkan oleh Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM).
Continue reading

Malaysia Kekurangan Pelaut, Kata Menteri Pengangkutan – Bernama


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kekurangan tempat latihan di dermaga bagi pegawai kadet dan daya tarikan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan berpangkalan di luar negara telah mengakibatkan kekurangan tenaga pakar tempatan dalam industri maritim negara. Continue reading