Laluan Kerjaya Bersama Legasi Ulung Sdn Bhd


Proses Pendaftaran

Proses pendaftaran kursus BST dan TFA pada kebiasaan dilakukan di:

  1. Pejabat Urusan Legasi Ulung Sdn Bhd di Pelabuhan Klang. Lihat alamat disini.
  2. Tapak-tapak promosi Legasi Ulung Sdn Bhd di mana-mana majlis atau keramaian.
  3. Lokasi-lokasi taklimat kerjaya maritim yang diadakan di Legasi Ulung Sdn Bhd.

Bayaran deposit sekurang-kurangnya RM500 dikenakan pada mereka yang ingin menempah kursus. Segala pembayaran promosi yang dilakukan oleh Legasi Ulung adalah diiktiraf. Yuran Kursus sebenar adalah RM5000. Jika calon pelajar telah membayar RM500 maka hanya bayar bakinya sahaja.

Pemeriksaan Kesihatan, Kad Pelaut dan Buku Pelaut

Proses membuat pemeriksaan kesihatan, kad pelaut dan buku pelaut dilakukan di Pusat Pelaut, Jabatan Laut Malaysia. Ketiga-tiga dokumen ini disediakan sebelum calon menghadiri kursus. Ini kerana kad pelaut adalah syarat wajib untuk seseorang calon menghadiri kursus.

Hadir Kursus BST dan TFA di META.

Kursus BST dan TFA yang diadakan di META kebiasaannya bermula pada hari Isnin setiap 2 minggu. Kursus ini akan berlangsung selama 9 hari iaitu 5 hari untuk kursus BST dan 4 hari untuk kursus TFA.

Penerimaan Sijil

Sijil kursus BST dan TFA dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Hanya sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia yang diterima untuk bekerja di atas kapal dagang.

Urusan Pekerjaan Oleh Legasi Ulung

Urusan ini kebiasaannya mengambil masa dalam tempoh 2 minggu ke 6 bulan mengikut syarikat perkapalan dan calon itu sendiri. Legasi Ulung akan mengusahakan calon-calon lepasan LUSB untuk bekerja diatas kapal dagang secepat mungkin. Selepas berjaya bekerja di atas kapal, maka bermula lah hidup calon tersebut sebagai seorang Pelaut.

Laluan Kerjaya

Pihak Legasi Ulung akan memantau status pelaut – pelaut untuk memastikan pelaut-pelaut tersebut menjalankan kursus-kursus lanjutan mengikut tempoh belayar pelaut tersebut. Dan pihak Legasi Ulung akan memastikan Pelaut-pelaut ini memegang jawatan sebagai Captain atau Chief Engineer yang bergaji antara RM11 000 hingga RM 50 000 dalam masa 7 – 10 tahun.

Pengakhiran Kerjaya Pelaut

Perkara ini yang selalu menjadi persoalan calon-calon pelaut. “Kalau saya nak berhenti setelah memegang jawatan tertinggi apa yang saya boleh lakukan”? Banyak pilihan untuk pelaut-pelaut memilih kerjaya di darat. Pensyarah Maritim, bekerja di Jabatan Laut, Pelantar Minyak, Peguam Maritim (sampai sekarang tiada di Malaysia), Pengurusan Rumah Api, Arkitek, Doktor dan sebagainya.

Advertisements

One comment on “Laluan Kerjaya Bersama Legasi Ulung Sdn Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s