SME 100 Awards : Fast Moving Companies 2011


“ARE YOU FAST ENOUGH?” merupakan tagline untuk SME100 Awards 2011 untuk anugerah “FAST MOVING COMPANIES  2011”. Anugerah ini telah diberikan kepada syarikat yang “berkembang paling pantas” dari segi kekukuhan ekonomi dan pastinya…populariti =).

Sebanyak 500 buah syarikat telah dicalonkan dan Legasi Ulung Sdn Bhd merupakan salah satu dari 26 PEMENANG yang dianugerahkan piala berprestij ini. SME100 Awards 2011 ini telah dianjurkan oleh Business Media International (BMI), merupakan badan penganalisis syarikat yang tersohor di rantau Asia Tenggara termasuk di negara Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tempat kejadian : DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur Hotel

Malam Anugerah ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang, merangkap Presiden Dewan Negara Malaysia.

Continue reading

Bangsa Melayu : bangsa yang terkenal dengan lautan


Bangsa Melayu telah lama hidup di tanah timur atau ‘The Land of The East’. Orang Melayu dan Orang Asli adalah berasal dari rumpun yang sama dengan penggunaan istilahnya ’Malayo-Polynesian’. Sehinggakan kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori mengakui bahawa  nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar. Malah bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian dimana MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR yang terhasil beratus-ratus etnik dan bahasa di dalammnya. Continue reading

Industri Perkapalan Malaysia Perlukan Ramai Pelaut


PELABUHAN KLANG 25 Jun — Malaysia memerlukan ramai pelaut bagi menampung permintaan syarikat perkapalan di samping bagi membangunkan industri perkapalan negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Laut, Baharin Abdul Hamid.

“Malaysia hanya mempunyai kira-kira 20,000 pelaut tempatan pada masa kini dan lebih ramai diperlukan,” katanya ketika merasmkian Sambutan Hari Pelaut 2011 di sini yang julung kali disambut di negara ini.

Hari Pelaut disambut pada 25 Jun setiap tahun sebagai penghargaan terhadap lebih 1.4 juta pelaut di seluruh dunia.

“Tenaga kerja dalam bidang ini sangat diperlukan malah adalah penting untuk masyarakat antarabangsa menyedari dan menghargai bahawa pelaut adalah tunjang utama industri perkapalan yang berkembang pesat,” katanya.

Seramai 14 pelaut hari ini menerima biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut dari Jabatan Laut bagi membolehkan pelaut mendapat latihan dan pendedahan sehingga ke peringkat tertinggi iaitu sebagai pegawai jurutera dan navigasi. — Bernama

 

Rujukan : Utusan

Pelaut 5 negara mendominasi kerjaya maritim kapal dagang Malaysia


Pelaut dari lima negara mendominasi jawatan di kapal-kapal dagang Malaysia, demikian didedahkan oleh Encik M. Adthisaya Ganesen, ketua pegawai eksekutif (CEO) Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam laman web Malaysia Shipowners’ Association (MASA) yang memetik sumber berita dari The Star yang bertarikh 23 April 2007.

Walau pun berita ini disiarkan hampir dua tahun yang lalu, namun fakta ini masih relevan. Continue reading

Taklimat Kerjaya Maritim di Dewan MBPJ


Tanggal 12 Oktober 2011, dengan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan Haniza binti Mohamed Talha dengan kerjasama Legasi Ulung Sdn Bhd, telah berjaya mengadakan Taklimat Kerjaya Dalam Industri Maritim Negara di Dewan MBPJ PJS/4, Petaling Jaya, Selangor. Continue reading

Malaysia Kekurangan Pelaut, Kata Menteri Pengangkutan – Bernama


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kekurangan tempat latihan di dermaga bagi pegawai kadet dan daya tarikan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan berpangkalan di luar negara telah mengakibatkan kekurangan tenaga pakar tempatan dalam industri maritim negara. Continue reading