FAQ


1. Berapakah yuran yang harus saya bayar untuk menyertai kursus pelaut di Legasi Ulung?

Harga kursus sebanyak RM5000 merangkumi kursus Basic Safety Training(BST) , kursus Tanker Familiarization(TFA), Pemeriksaan Kesihatan, Kad Pelaut, Buku Pelaut dan perkhidmatan mendapatkan pekerjaan di atas kapal dagang.

2. Berapa lamakah kursus dijalankan?

Kursus berlangsung selama 10 hari iaitu 5 hari untuk BST dan 5 hari untuk TFA.

3. Adakah saya pasti mendapat pekerjaan di atas kapal sekiranya saya berkursus di bawah Legasi Ulung?

Ya, anda pasti akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan cuma dari segi masa bergantung kami tidak menjanjikan bila.

4. Adakah sijil pelaut ini laku untuk saya memohon kerja-kerja di darat?

Ya, sijil ini di keluarkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Laut Malaysia dan diiktiraf oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa(IMO).

5. Berapa lama saya perlu tunggu?

Berdasarkan pengalaman, tempoh menunggu adalah antara 2 – 6 bulan selepas sijil dikeluarkan kerana kami bergantung pada syarikat-syarikat perkapalan yang memerlukan pekerja.

6. Mengapa tempoh menunggu agak lama?

Tempoh ini berdasarkan kepada syarikat-syarikat perkapalan. Kerja di atas kapal, bukanlah seperti bekerja di darat atau pejabat. Sekiranya anda ditemuduga hari ini, anda akan di letakkan di senarai bersedia untuk berkerja di atas kapal (Standby List), dan syarikat perkapalan akan memanggil anda sekiranya krew di atas kapal tersebut telah tamat tempoh bekerja dan ingin bercuti. Kebiasaan seseorang pelaut berada di atas kapal adalah 6 bulan. Oleh yang demikian, tempoh 6 bulan adalah sangat relevan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s