PM umum pelan strategik industri maritim negara pada LIMA


LANGKAWI 6 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pelan Strategik Industri Kapal/Pembinaan Kapal Malaysia 2020 yang bermatlamat menjana RM6.35 bilion Pendapatan Kasar Negara (PNK) dan mewujudkan 55,500 pekerjaan tambahan untuk negara menjelang 2020.

Menerusi pelan itu, yang dilancarkan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011, pertumbuhan dijangkakan mampan dan terangkum, dan mungkin menjadi rahmat untuk Sarawak yang menyaksikan industri maritim berkembang dan menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negeri.

Disediakan oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM), pelan itu menyasarkan untuk menguasai 80 peratus daripada pasaran baharu tempatan dan dua peratus pasaran baharu global, meningkat daripada 50 peratus dan 0.8 peratus pada 2010.

Menurut MIGHT, sumbangan utama dijangkakan datang daripada peningkatan kerja membina dan membaik pulih Kapal-kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) bagi eksplorasi minyak dan gas serta penggantian kapal lama penyedia perkhidmatan Petronas (PSC) yang menyumbang RM10 bilion dalam perolehan industri menjelang 2020.

Untuk segmen baik pulih kapal, pelan itu menyasarkan untuk menguasai tiga peratus daripada pasaran baik pulih Selat Melaka yang bernilai kira-kira RM1 bilion setahun.

Khidmat servis OSV tahunan bagi kerja baik pulih kapal luar pesisir Laut China Selatan bagi limbungan kapal di Kelantan, Terengganu dan Pahang ketika ini dianggarkan bernilai lebih RM200 juta setahun. – Bernama

 

Sumber – Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s