Najib Lancar Pelan Maritim Kebangsaan – Utusan


LANGKAWI 6 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Maritim Kebangsaan yang dijangka menjana RM6.75 bilion Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020.

Majlis pelancaran pelan komprehensif pertama negara untuk membangunkan industri pembaikan dan pembinaan kapal itu diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dekat sini sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Pelan Strategik Pembaikan dan Pembinaan Kapal Malaysia 2020 itu dibangunkan oleh Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM).

Ia disasarkan mewujudkan 55,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pelan strategik berkenaan menyasarkan peningkatan 50 peratus pasaran baru pembinaan tempatan dan 0.8 peratus pasaran global.

Pelaksanaan pelan itu dijangka meningkatkan persaingan syarikat tempatan dalam industri pembinaan dan pembaikan kapal yang kini mendapat saingan dari negara serantau seperti Singapura, Vietnam, Indonesia, India, China dan Filipina.

 

Sumber Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s