Industri Perkapalan Malaysia Perlukan Ramai Pelaut


PELABUHAN KLANG 25 Jun — Malaysia memerlukan ramai pelaut bagi menampung permintaan syarikat perkapalan di samping bagi membangunkan industri perkapalan negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Laut, Baharin Abdul Hamid.

“Malaysia hanya mempunyai kira-kira 20,000 pelaut tempatan pada masa kini dan lebih ramai diperlukan,” katanya ketika merasmkian Sambutan Hari Pelaut 2011 di sini yang julung kali disambut di negara ini.

Hari Pelaut disambut pada 25 Jun setiap tahun sebagai penghargaan terhadap lebih 1.4 juta pelaut di seluruh dunia.

“Tenaga kerja dalam bidang ini sangat diperlukan malah adalah penting untuk masyarakat antarabangsa menyedari dan menghargai bahawa pelaut adalah tunjang utama industri perkapalan yang berkembang pesat,” katanya.

Seramai 14 pelaut hari ini menerima biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut dari Jabatan Laut bagi membolehkan pelaut mendapat latihan dan pendedahan sehingga ke peringkat tertinggi iaitu sebagai pegawai jurutera dan navigasi. — Bernama

 

Rujukan : Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s