Pelaut 5 negara mendominasi kerjaya maritim kapal dagang Malaysia


Pelaut dari lima negara mendominasi jawatan di kapal-kapal dagang Malaysia, demikian didedahkan oleh Encik M. Adthisaya Ganesen, ketua pegawai eksekutif (CEO) Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam laman web Malaysia Shipowners’ Association (MASA) yang memetik sumber berita dari The Star yang bertarikh 23 April 2007.

Walau pun berita ini disiarkan hampir dua tahun yang lalu, namun fakta ini masih relevan.

Pada ketika itu bilangan para pelaut dari lima negara yang mendominasi ialah seperti berikut: Filipina (2,684), Indonesia (1,653), China (1,159), India (951) dan Vietnam (284).

Walau pun pelbagai pihak mengandaikan para pelaut Malaysia kurang baik kualitinya, namun hakikat yang mesti diterima oleh semua pihak ialah persepsi masyarakat mengenai kerjaya dalam bidang maritim masih di tahap yang amat rendah.

Para pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru masih belum mendapat maklumat yang menyeluruh, malah masih belum menganggap kerjaya maritim sebagai pilihan utama.

Mungkin setelah berita rampasan dua kapal dagang Malaysia milik syarikat MISC Berhad tahun lalu telah sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran warga negara ini terhadap kerjaya bidang maritim, akan tetapi masih belum mencukupi untuk menarik minat para belia untuk bercita-cita menjadi pelaut.

Dapatkan Info Legasi Ulung lebih lanjut di Facebook. KLIK di SINI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s