Malaysia Kekurangan Pelaut, Kata Menteri Pengangkutan – Bernama


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kekurangan tempat latihan di dermaga bagi pegawai kadet dan daya tarikan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan berpangkalan di luar negara telah mengakibatkan kekurangan tenaga pakar tempatan dalam industri maritim negara.
Memburukkan keadaan tersebut, Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata fenemona global bahawa pelaut-pelaut pula memilih untuk bersara lebih awal bagi mengejar kerjaya di daratan.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Persidangan Maritim kebangsaan Mengenai Modal Insan dan Hala Tuju Malaysia di sini hari ini.
Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool.
Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh pegawai pelaut dan pelaut kategori bawahan.
Hasil perbincangan persidangan itu akan digunakan bagi menggubal inisiatif hala tuju dengan penekanan khusus bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang terlatih, berkelayakan dan mendapat ganjaran yang sesuai untuk pelaut tempatan.
Pada sidang akhbar kemudian, Ketua Pengarah Jabatan Laut Semananjung Malaysia Kapten Datuk Ahmad Othman berkata pihaknya bercadang memperkenalkan pelaut sebagai kerjaya kepada murid lepasan sekolah.
“Buat masa ini, bukan ramai pelajar lepasan sekolah sedar bahawa ada kerjaya dalam kapal-kapal dagang di Malaysia.
Ahmad berkata walaupun tugas sebagai pelaut menawarkan ganjaran yang agak lumayan ia juga bermakna seseorang pelaut itu terpaksa menghabiskan masa terlalu lama dari keluarga.

–BERNAMA

14 Julai 2008

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s